Shahril Creative StudioShahril Creative Studio
  • About
  • Services
    • Graphic Design
    • Web Presence
    • Multimedia
  • Portfolio
  • Contact
May 28, 2023 by admin

MyGrocer@WILAYAH

MyGrocer@WILAYAH
May 28, 2023 by admin
MENYEDARI kesukaran hidup yang dilalui oleh golongan miskin bandar di Perumahan Rakyat (PPR) dan Perumahan Awam (PA) dalam menangani kos sara hidup di saat persekitaran ekonomi yang tidak menentu ini, Kementerian Wilayah Persekutuan (KWP) tampil membantu menerusi program inisiatif Wilayah Prihatin. Projek perintis MyGrocer@Wilayah yang masih dalam tempoh percubaan ini dilihat sehabis baik cuba meringankan beban golongan ini agar tidak terlalu terhimpit dalam menjalani kehidupan seharian di ibu kota. Program hasil usahasama Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA), Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) dan rakan strategik, Rumah Nenek Sdn Bhd ini mampu memberi kepuasan kepada penduduk untuk mendapatkan barangan basah melalui trak saji. Konsep baharu ini iaitu menggunakan trak saji dilihat lebih kemas dan kurang mengundang longgokan sampah sarap dan ianya lebih mesra pengguna.   PROGRAM MYGROCER@ WILAYAH YANG DILAKSANAKAN KEMENTERIAN WILAYAH PERSEKUTUAN (KWP) MEMBANTU GOLONGAN BERPENDAPATAN RENDAH DAN PENDUDUK DI PROJEK PERUMAHAN RAKYAT (PPR) SERTA PERUMAHAN AWAM (PA) MENDAPATKAN BEKALAN BAHAN MENTAH MyGrocer@Wilayah yang baharu dilaksanakan dua minggu mendapat sambutan amat menggalakkan daripada penduduk projek perumahan rakyat (PPR) dan perumahan awam (PA). Sejajar dengan itu, trak jualan akan ditambah daripada empat kepada lima buah bagi memudahkan pelanggan membeli barangan keperluan harian. Untuk tempoh percubaan, ianya melibatkan 36 lokasi PPR/PA serta lima buah trak yang beroperasi antaranya di PPR Jalan Jelatek, PPR Seri Semarak, PA Seksyen 10, Wangsa Maju dan beberapa lagi.
Sila semak Jadual Operasi MyGrocer@Wilayah yang berdekatan untuk mendapatkan barangan keperluan anda! 

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

About The Blog

Nulla laoreet vestibulum turpis non finibus. Proin interdum a tortor sit amet mollis. Maecenas sollicitudin accumsan enim, ut aliquet risus.

Recent Posts

MyGrocer@WILAYAHMay 28, 2023

Categories

  • News

Meta

  • Register
  • Log in
  • Entries feed
  • Comments feed
  • WordPress.org

Cart